Assalamualaikum semua...Apa khabar???Harap semua sihat naa...ok disebabkan sy dah nk final exam nii so sy nk kongsi sikit tips belajar yang berkesan dari Dr Fadhilah Kamsah...ok semua kenal kn Dr Fadhilah Kamsah nii..penceramah yg terkenal kut kat Malaysia nii...ok sy xnk bebel panjang2 nii so sy bg trus laa tips dye...
- Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dpt dilakukan dgn membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
- Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa :
- kita ingat 10% apa yg dibaca
- kita ingat 20% apa yg didengar
- kita ingat 50% apa yg didengar dan dilihat
- kita ingat 70% apa yg dicakapkan
- kita ingat 90% setelah dipraktikkan
- Belajar mengikut waktu yg sesuai dgn diri (study according to your biological clock)
- Mengulang kaji secepat mungkin dan ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar)
- Manfaatkan kemahiran mengingat.
- Tampal nota-nota penting di dinding
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah.
- Reka cerita atau ayat mengenai konseo yang perlu diingat.
- Menyedari bahawa guru adalah sumber ilmu terbaik.
- Menjadikan nota-nota menarik dan ceria supaya kita lebih cenderung untuk membaca.
- Cekap mengatur jadual belajar.
- Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.
- Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.
- Buat persediaan awal .
- Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar. (nii paling penting)
ok nii adalah antara tips-tips nk belajar dengan berkesan...so pada student2 yg nk exam tu bolehlah praktikkan tips nii...Tapi ingat apa2 pon yg kte buat dan usaha kte mesti sentiasa sembahyang 5 waktu dan berdoa kepada Allah SWT supaya diberikan hidayah dan petunjuk dalam hidup..SELAMAT MENCUBA..



No comments:
Post a Comment