Friday, 25 December 2015

Haiwan Kesayangan!!!

Assalamualaikum...Hai...Apa khabar semua??Sihat x nii??ok hri nii sy nk citer psal haiwan kesayangan sy...dye nii sangat2 lah comel n manja...tp hayat dye x panjang...hmmm...ok haiwan yg dimaksudkan adalah my lovely Si Putih n the gang n her children...


ok nii laa Si Putih tu...comel kn dye...Bulu dye lebat sangat2...x pernah kotor pon..pandai dye jge bulu dye...























Ok nii pulak kwn-kwn dye...yg warna coklat tuu pakwe Si Putih...Sweet kn dyeorg...loving couple laa katakan...





Ok nii pulak ank2 Si Putih...comel je...4 ekor semuanya...tp sedih hayat dyeorg semua x panjang...dyeorg mati mse musim banjir...mati kesejukkan...same goes with Si Putih n The Gang...x dpt nk selamatkan sbb time tu pegi bercuti kat Pahang...blik je dr bercuti semua daa xde...tinggal Si Putih je yg bertahan..tu pon sekejap je dlm 3 hari je...

Wednesday, 23 December 2015

Aiskrim Goreng!!!

Hai...Assalamualaikum semua..ok kali nii sy nk kongsi pasal aiskrim goreng...resipi nii amat laa mudah nk buat..budak2 pon boleh buat tau..apatah lg org bujang kn...nk buat aiskrim goreng nii x perlu keluarkan modal yg banyak sbb bahan dye pon sikit je kte nk guna...

Bahan-bahan:-

1 buku roti putih (ikut suka nk brand apa)
1 bekas aiskrim (ikut citarasa masing2)
1 gelas kosong (permukaan bulat & saiz lebih kecil dr saiz lebar roti)

Cara-caranya:-


  1. Letakkan satu keping roti putih di atas pinggan yang bersih
  2. Letakkan satu sudu aiskrim di tengah2 roti tersebut
  3. Tutupkan atau bungkuskan roti dan aiskrim tersebut dengan sekeping lagi roti diatasnya
  4. Tekankan sedikit pada roti supaya ianya rapat dan aiskrim berada ditengah2 roti
  5. Ambil gelas dan letakkan diatas roti tadi dan tekan sehingga roti ditepi terputus
  6. Ketepikan tepi kulit lebihan roti
  7. Simpankan roti yang dah ditekan tadi ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam sebelum digoreng
  8. Goreng aiskrim goreng nii dengan menggunakan minyak yang panas dan goreng sehingga kekuningan
# bila dah nampak roti tu kekuningan terus angkat drpd dapur...jgn biar lama sangat sbb nanti aiskrim kat dlm tu cair...



# gambar nii dr internet yer...x sempat lagi nk try buat sendiri...hehe..

Tuesday, 22 December 2015

Percutian ke Pulau Redang

Assalamualaikum...hai apa khabar semua..sihat x??ok hari nii sy nk citer psal tempat wajib kalau ke Terengganu...ok seperti yg kte sedia maklum kalau Terengganu mesti byk pantai kn..ok apa kata nati kalau lawat Terengganu pegi bercuti kat Pulau Redang..confirm korang semua akan happy n dpt pengalaman baru..

ok biar sy citer sikit psal Pulau Redang nii...Pulau Redang nii merupakan salah satu pulau yg sangat popular bukan sahaja kat Malaysia tp di luar negara pon..hah popular x Pulau Redang nii..Pulau nii terkenal dgn airnya yg jernih dan kebiruan, kelembutan dan kehalusan pasir serta merupakan salah satu destinasi kesukaan bg penyelam skuba..ok pulau nii terbahagi kpd empat bahagian utama sebagai destinasi pelancongan iaitu Teluk Kalong, Teluk Bakau, Pasir Panjang dan Teluk Dalam..setiap teluk nii ada kawasan pantai dan chalet atau resort..so mudah laa kalau kte nk bercuti kat pulau nii..ok kalau sy, sy lebih suka tinggal kat Pasir Panjang kerana banyak chalet dan resort sepanjang pantai dan Pasir Panjang nii selalu menjadi tumpuan pelancong..Pulau nii menggunakan kaedah pakej dan setiap pakej bergantung kepada jenis bilik serta perkhidmatan yang ditawarkan..so kte x pyh susah2 nk fikir nk tidur mne..



















Laguna Redang, Redang Kalong, Redang Reef, Ayu Mayang, Redang Holiday, Redang Beach & Sari Pacifica Resort  antara operator yg menjalankan operasi di Pasir Panjang.
ok kalau anda nakkan suasana yg 'privacy' anda boleh memilih untuk menginap di Redang Mutiara yg terletak di Teluk Kalong atau kalau anda ada budjet lebih anda boleh menginap di Berjaya Redang yg terletak di Teluk Dalam...





Ok kat pulau nii kte boleh buat macam2 aktiviti contohnya macam snorkelling, bg ikan makan dan kalau yg ada lesen scuba tu boleh laa buat aktiviti scuba diving...kte juga boleh buat BBQ dan pihak pulau pon dah sediakan tempat untuk buat BBQ tu...so xde masalah kalau kte nk buat aktiviti apa2 pon...tp memang x dinafikan pulau nii memang cantik dan banyak aktiviti boleh buat..sy datang sini pon sebab pak cik saudara kahwin..kalau x memang x thu pon ada pulau secantik nii..first saya sampai kat pulau nii terus jatuh cinta dengan keindahan pemandangan dan persekitarannya...betapa indahnya ciptaan Allah SWT...Harga pon berpatutan yg ditawarkan...ok dah banyak dah sy bebel dlm nii..so sy belanja gambar sy dgn family kat Pulau Redang...







Monday, 21 December 2015

Makanan ala2 Korea kat KB MALL...

First time makan makanan ala2 Korea kat KB MALL....

Assalamualaikum...Ok bagi mereka yg nk rasa makan makanan ala2 Korea bolehlah datang ke Seoul Garden. Seoul Garden nii adalah sebuah restoran yang berkonsepkan Korea yg memang jelas nama restoran nii merupakan nama bandar di Korea. Restoran nii menawarkan set bufet dan bahan mentah yg sudah diperap atau sudah dimasak yg disusun di kaunter yg panjang. Bagi mereka yg memang suka makan banyak nii bolehlah pilih apa sahaja yg anda mahukan....




Dan yang paling best makan kat sini, dengan hanya sekali bayar sahaja anda boleh makan apa sahaja sehingga kenyang. Tapi kat sini dia ada peraturan yg senang sangat nk ikut iaitu makanan yg kte ambil tu kena habiskan kalau x dia akan charge untuk setiap 500g sebanyak RM 5.


First time datang makan kat sini dengan my buddies yg memang havoc laa katakan...kteorg datang makan kat sini dengan perut yg kosong dr pagi lagi...so apa lagi kteorg melantak laa sampai kekenyangan tu pon x kenyang mana sbb kedai dah nk tutup dah..kalau ikutkan hati nk makan lagi tu...First masuk restoran tu memang kteorg respect cara pekerja dia layan pelanggan dengan senyuman manis sekali dan kteorg pilih meja yg depan cermin saja nk tengok org lalu lalang...pekerja dia yg tolong pasangkan api pembakar dan siap tunjuk lagi cara2 nk gunakan dapur tu..then dia akan tanya kte nk jenis sup apa...kteorg pilih kimchi sup yg memang ternyata sedap..
Masa nk ambil makanan terpinga-pinga jugak laa sbb banyak sangat makanan yg sedap2 tp kalau ikutkan hati nk je rembat semua tp bila fikir balik x baik membazir...so kteorg ambil dulu makanan laut, daging ayam, daging lembu, daging kambing, mee, nasi dan sushi..


Nk dijadikan cerita kteorg datang dengan bawak student card sbb dia akan bg diskaun...tp x dpt sbb time kteorg pegi tu hari jumaat time dinner pulak tu...so melepas laa kteorg nk dpt diskaun...tp bagi sy harga yg diberikan tanpa student card pon x laa mahal sangat sbb kte dpt makan sepuas-puasnya...And the thing is you can eat everything you want in there but make sure jgn membazir jee...membazirkan amalan syaitan..

So kpd semua yg bergelar mahasiswa/siswi tu sy sarankan bawaklah student card anda so that you can get the student price...ok kat bawah nii sy sertakan pakej yg ditawarkan di Seoul Garden tp x thu laa still yg nii ataupun dah tukar ke pakej yg baru..


Ok nii sy belanja gambar kteorg pegi makan kat sana...yg pasti semua makanan habis dimakan oleh kami yg sememangnya kuat makan...so x membazir laa kami ke sana...




Ok bg yg nk cuba tu bolehlah datang ke restoran Seoul Garden nii...memang sedap n berbaloi kalau nk makan nii...Nii kami makan dekat Seoul Garden KB MALL...   SELAMAT MENCUBA....

Saturday, 19 December 2015

Infused Water or Air Detox

Assalamualaikum semua...ok hari nii sy nk kongsi pasal air detox...Infused water or air detox adalah campuran air kosong dgn buah-buahan...kte boleh gunakan daun herba atau madu dlm membuat air detox...air nii kena dibiarkan selama beberapa jam sebelum diminum..kte boleh gunakan buah seperti lemon, timun batang, mangga, strawberi, anggur, beri dan epal dan kte perlu rendamkan bersama daun peppermint, basil, pudina, saderi atau campur je dgn madu...tapi kalau kte malas nk cri buah-buahan tu kte boleh gunakan buah tempatan seperti tembikai (watermelon), buah naga, nenas, betik, laici dan jambu batu..nk tambah cinnamon (kulit kayu manis), serai atau halia pon boleh...ikut citarasa masing2..


Antara kesan yang boleh didapati apabila anda minum "infused water" atau air detox ialah:

  • boleh mengenyangkan dan mengelakkan dr makan junk food tp kalau kte mkn skali dgn buah laa..
  • bantu tubuh badan untuk membuang sel lemak secara natural
  • dpt kurangkan keletihan pd otot semasa bersenam atau melakukan aktiviti yg berat

Antara bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membuat Air Detox:


1) Buah-buahan

  • Sitrus: Grapefruit, lemon, limau nipis, oren
  • Beri: Strawberi, raspberi, blueberi, blakberi, ceri
2) Buah Tempatan
  • Delima, mangga, nenas, belimbing, betik
3) Melon
  • Honeydew, tembikai, rockmelon
4) Pilihan Lain
  • Epal, anggur, plum, peach
5) Sayuran
  • Timun, carrot, daun saderi, peppers
6) Herba
  • Pudina, rosemary, selasih, cilantro, thyme, stevia, lavender
7) Rempah ratus
  • Halia, kulit kayu manis, lada hitam

Cara Penyimpanan

ok kte boleh simpan infused water atau air detox nii dlm bekas yg bertutup dan masukkan dlm peti sejuk..air detox nii dye boleh bertahan selama seminggu tp kalau kte minum byk kali x smpai seminggu pon...kalau nk buah-buahan tu still segar kte perlu habiskan dlm masa 3 hari sahaja..nii nk elakkan buah-buahan tu jd lembik dan berubah warna..

#sumber nii sy ambil dr internet..hehehe...

Wednesday, 16 December 2015

Tips-Tips Belajar Yang Berkesan

Assalamualaikum semua...Apa khabar???Harap semua sihat naa...ok disebabkan sy dah nk final exam nii so sy nk kongsi sikit tips belajar yang berkesan dari Dr Fadhilah Kamsah...ok semua kenal kn Dr Fadhilah Kamsah nii..penceramah yg terkenal kut kat Malaysia nii...ok sy xnk bebel panjang2 nii so sy bg trus laa tips dye...

  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dpt dilakukan dgn membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa : 
    • kita ingat 10% apa yg dibaca
    • kita ingat 20% apa yg didengar
    • kita ingat 50% apa yg didengar dan dilihat
    • kita ingat 70% apa yg dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar mengikut waktu yg sesuai dgn diri (study according to your biological clock)
  4. Mengulang kaji secepat mungkin dan ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar)
  5. Manfaatkan kemahiran mengingat.
    • Tampal nota-nota penting di dinding
    • Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah.
    • Reka cerita atau ayat mengenai konseo yang perlu diingat.
  6. Menyedari bahawa guru adalah sumber ilmu terbaik.
  7. Menjadikan nota-nota menarik dan ceria supaya kita lebih cenderung untuk membaca.
  8. Cekap mengatur jadual belajar.
  9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.
  10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.
  11. Buat persediaan awal .
  12. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar. (nii paling penting)
ok nii adalah antara tips-tips nk belajar dengan berkesan...so pada student2 yg nk exam tu bolehlah praktikkan tips nii...Tapi ingat apa2 pon yg kte buat dan usaha kte mesti sentiasa sembahyang 5 waktu dan berdoa kepada Allah SWT supaya diberikan hidayah dan petunjuk dalam hidup..SELAMAT MENCUBA..

Monday, 14 December 2015

Makaroni Cheese Bakar!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bagi mereka yang gemarkan pasta dan cheese bolehlah cuba buat hidangan ni di rumah. Hidangan amat menyelerakan dan prosesnya pun mudah dan cepat....

MAKARONI CHEESE BAKAR

Sumber 1 : DAPUR MAMASYA
Sumber 2 : DAPURKU SAYANG
Sumber 3 : SHEDASHOPPE

BAHAN-BAHANNYA :-

2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan ditoskan) - guna 3 cwn makaroni
150 g minced beef / chicken
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu)
1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti
sedikit sos tomato
sedikit garam
sedikit kiub ayam (ikut suka nk tambah atau x)
1 sudu besar mentega
sedikit mixed vegetables

SOS PUTIH :-
2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah
2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
1 slice cheesedale atau 30g krim keju
sedikit garam dan gula

BAHAN TAMBAHAN :-
sedikit keju parut
sedikit oregano
mozarella cheese, parmesan cheese dan chedar



Image result for resepi makaroni cheese bakar


Image result for resepi makaroni cheese bakar

CARA-CARA :-


1. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2. Kemudian masukkam daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering.
3. Barulah masukkan tomato puri atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat, tutupkan api.
4. Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom.
5. Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair dan barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih dan masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.
6. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
7. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega dan masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
8. Taburkan keju parut dan oregano. (ikut suka nk tabur cheese apa)
9. Bakarlah selama 25 - 30 atau hingga keperangan dengan suhu 180C.

*al dente : tak keras dan tak lembut sangat
*cara merebus pasta : didihkan air bersam sedikit garam dan kemudian barulah masukkan pasta. Masak lebih kurang 7 - 9 minit ikut instruction pd bungkusannya.
*nota :- kalu nk cheese lebih kurangkan garam dalam sos daging.



Image result for resepi makaroni cheese bakar

ok dah siap pon makaroni cheese bakar nii...memang sedap rugi kalu x buat di rumah nii...SELAMAT MENCUBA....

Saturday, 12 December 2015

7 Cara Sediakan Makanan Berkhasiat

Hai...Assalamualaikum semua...sihat x nii??ok hari nii sy nk kongsi sikit pasal nk sediakan makanan yg berkhasiat untuk dapatkan tubuh badan yang sihat lagi cergas...ok kat sini sy sertakan 7 cara yg kte boleh buat untuk sediakan makanan berkhasiat...cara-caranya ialah seperti dibawah.


ok sebelum tu sy citer sikit pasal amalan pemakanan yg tidak seimbang nii...kalau kte ambil makanan yg tidak seimbang ia akan menjadi punca utama yg menyumbang kpd masalah kegemukan...makan makanan yg berkalori lebih drpd keperluan badan jgk membawa kpd punca utama masalah ini...kalori yg berlebihan yg tersimpan di dalam tubuh akn bertukar menjadi lemak...tetapi jika kalori yg tersimpan dlm tubuh kurang maka lemak itu akn digunakan semula sebagai sumber tenaga kpd badan kte...

Jika kte tidak ambil pusing mengenai masalah ini ia akn mendatangkan risiko kpd kesihatan seperti lebih senang untuk mendapat penyakit yg berbahaya dan menjadi punca utama kematian...so untuk elakkan drpd menghidap penyakit ini kte boleh gunakan 7 cara bg menghindarnya...


  1. Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran segar sebelum dimakan dan elakkan drpd merendam buah-buahan dan sayur-sayuran itu.
  2. Jangan memotong atau menghiris sehingga kecil buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ini boleh menghilangkan khasiat yg terkandung dlm makanan tersebut.
  3. Bagi mengekalkan khasiat ubi kentang dan keledek, kte perlu masak bersama-sama kulitnya.
  4. Buang lemak dan basuh sehingga bersih pada daging atau kulit ayam.
  5. Kurangkan penggunaan garam, gula dan bahan pengawet dlm masakan.
  6. Jangan gunakan minyak masak yg sama sehingga warna asal minyak berubah.
  7. Pastikan air mendidih atau minyak benar-benar masak terlebih dahulu sebelum memasukkan makanan yg ingin dimasak.
So kte boleh menghindar drpd terjebak dlm masalah kegemukan...kte juga dinasihatkan untuk merancang hidangan untuk mengambil makanan seimbang dan berkhasiat...kte boleh gunakan kaedah memasak secara panggang, rebus, kukus dan bakar untuk mengelakkan terlebih kalori..